Monday 22 August 2016

Panduan Kesihatan Semasa JEREBU

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.


Punca - Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPU STATUS
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA!!

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
  • asma
  • bronkitis
  • radang paru-paru
  • penyakit paru-paru yang kronik
  • jantung
  • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.



Pemakanan Sihat Semasa Berjerebu

Pemakanan yang sihat adalah penting semasa musim berjerebu untuk mempertahankan sistem imunisasi badan dan menjauhkan diri kita dari mendapat pelbagai penyakit yang ada kaitan dengan jerebu .

Air adalah satu keperluan bagi setiap individu. Air diperlukan di dalam badan sebagai pelarut makanan, garam mineral dan vitamin. Air juga diperlukan untuk mengawal suhu badan dan melancarkan peredaran darah.Air penting untuk meningkatkan kadar metabolisma tubuh dan kadar pembakaran lemak .Minum air kosong pada masa tertentu akan membantu meningkatkan kadar metabolisma badan . Semasa musim berjerebu, cuaca sekeliling yang kering dan panas akan meningkatkan keperluan tubuh terhadap cecair. Ini adalah penting untuk menyeimbangi agar suhu badan tidak terus meningkat.

  1. Tingkatkan pengambilan cecair kepada 6 hingga 8 gelas air atau lebih mengikut keperluan untuk mengelakkan dehidrasi .
  2. Minum Jus serta makan buah – buahan dan sayur- sayuran yang kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan serat bagi membantu melawan penyakit.
  3. Elakkan pengambilan minuman yang mengandungi banyak kaffein seperti kopi dan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan pembuangan air kencing yang kerap dan boleh menyebabkan dehidrasi.
  4. Pengambilan air suam adalah digalakkan berbanding minuman sejuk /berais kerana tubuh badan akan kehilangan haba dengan cepat yang perlu diganti semula.
  5. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan kehausan dan dehidrasi seperti makanan masin atau bergaram.
  6. Makan pelbagai makanan mengikut keperluan untuk memastikan tubuh mendapat kesemua zat makanan yang diperlukan.
  7. Pastikan semua makanan dan minuman disediakan dalam keadaan bersih ,dimasak dan disimpan dalam keadaan yang sesuai sebelum digunakan untuk mengelakkan keracunan atau pencemaran makanan.
  8. Kekal aktif di tempat yang sesuai ( Dalam bangunan /rumah) tetapi elakkan atau kurangkan aktiviti di luar rumah. Elakkan merokok kerana ianya akan lebih memburukkan keadaan pencemaran udara.
  9. Anda digalakkan makan di rumah dan menyediakan sendiri makanan. Jika makan di luar, pilihlah tempat makan yang bertutup atau berada di dalam bangunan. Lebih baik bungkus makanan dan makan di rumah bersama keluarga. 

Monday 8 August 2016

Beza Antara Ketumbuhan Dengan Kanser

Ketumbuhan atau tumor dan Kanser, adakah terdapat perbezaan di antara keduanya?
Mungkin kita beranggapan ketumbuhan tu bermaksud kanser. Adakah ianya sama? Atau berbeza sama sekali. Atau mungkin kita sudah tahu keduanya berbeza tetapi tidak pasti apa yang membezakannya. Entri ini akan cuba memberikan kefahaman kepada kita tentang Ketumbuhan VS Kanser.

Ketumbuhan vs Kanser
Tumor dan kanser adalah berbeza. Tumor berlaku apabila luka atau ketulan terbentuk dalam badan disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak normal. Kebanyakkan tumor tidak berbahaya, tetapi sesetengah mungkin mempunyai kesan kepada kesihatan seperti menekan organ-organ penting atau saluran darah atau boleh menyebabkan terlebih pengeluaran hormon tertentu.

Dalam kes  kanser, pertumbuhan sel ini tidak terkawal dan merebak di dalam badan. Kedua-duanya boleh dikesan dengan imbassan MRI.

Tidak Semua Tumor Adalah Kanser
Adalah penting untuk memahami bahawa tidak semua ketumbuhan adalah kanser. Tumor atau dikenali sebagai ketumbuhan ada 2 jenis iaitu Beningn dan Malignant. 

  • Tumor beningn berlaku dimana pertumbuhan adalah terhad kepada bahagian tertentu badan.
  • Tumor Malignant boleh bertuka menjadi kanser.
Ini bermakna bahawa pertumbuhan utama boleh menjana beberapa pertumbuhan skunder dan menyerang bahagian-bahagian penting dalam badan dan merebak di mana-mana.



Sama seperti semua ketumbuhan tidak berkanser, semua kes kanser juga tidak dicirikan oleh pertumbuhan tumor. Sebagai contoh, dalam kes kanser darah, tidak ada tumor yang terlibat. Walaubaimanapun, pada kemunculan tumor, ujian biopsi menjadi sangat penting untuk menentukan jika pertumbuhannya adalah maligna atau benign.

Tumor boleh atau tidak boleh berkembang menjadi kanser. Kanser sebaliknya adalah suatu keadaan penyebaran malignant di mana pertumbuahn sel tidak normal boleh menjadi tidak terkawal. Tidak semua kanser tidak boleh dirawat.



Rawatan Tumor vs Kanser
Ubat-ubatan dan rawatan yang ditetapkan untuk tumor dan kanser munkin berbeza. Tidak semua tumor mengancam nyawa, walaupun tumor adalah benign, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan untuk mengeluarkannya. Bergantung kepada lokasi dan saiz tumor, pembedahan ini boleh menjadi agak mudah atau ia boleh mengambil masa bebulan untuk pesakit sembuh.

Contoh Ketumbuhan Otak & Kanser otak

Pilihan rawatan untuk kanser termasuk pembedahan (pembedaahn membuang tisu kanser), kemotrapi (dengan menggunakan bahan kimia yang kuat untuk membunh sel-sel kanser yang berkembang pesat), dan Terapi Radiasi (menggunakan sinaran bertenaga tinggi untuk mengecutkan tumor dan membunuh sel-sel kanser dengan merosakkan DNA mereka).
Kesimpulannya Ketumbuhan / Tumor merupakan pertumbuhan sel yang tidak normal yang tidak merebak ke bahagian lain. manakala kanser adalah sekumpulan penyakit yang melibatkan pertumbuhan sel tidak normal yang berpotensi untuk menyerang atau merebak ke bahagian badan yang lain. Semoga info ini bermanfaat untuk pembaca mengetahui beza di antara KETUMBUHAN dan KANSER.

Vitamin B17 Juga Boleh Dijadikan rawatan Alternatif untuk merawat kanser dan ketumbuhan...


Fakta Asas Kanser

Bagaimana Kanser itu Bermula ?
Kanser bermula apabila sel-sel dibahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Sel kanser dengan sel normal sangat berbeza, ianya tidak mati malah akan terus berkembang dan membentuk satu sel yang baru iaiitu satu sel yang tidak normal. Pelik tapi itulah yang benar bagaimana pertumbuhan kanser ini berlaku. Sel-sel kanser boleh menyerang tisu-tisu yang lain dengan erti kata lain ianya mudah merebak.


Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan yang kurang aktif dari biasa. Bagi sistem imun yang aktif ia akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan sel yang menyebabkan pertumbuhan kanser. Berbalik pada kanser... kanser ini biasanya akan menyerang orang yang sistem imun yang lemah ketahananya.

Masalahnya yang dihadapi oleh setiap manusia sekarang adalah semakin hari sistem imun kita akan lemah. semua orang akan hadapinya kerana sikap kita sendiri yang membuatnya jadi lemah. Antara faktor-fakrtornya adalah pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan kita, kurang pngambilan nutrien, stress dan lain-lain. jadi sendiri pikir lah dengan keadaan di bumi kita yang semakin kuran sihat ni kan?


Bagaimana Kanser Merebak ?
Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.

Jenis Kanser
Jenis Kanser terlalu banyak, antaranya :

  • Kanser Prostat
  • Kanser Paru-paru
  • Kanser Payudara
  • Kanser Hati
  • Kanser Pundi Kencing
  • Kanser Kulit dan
  • Kanser Leukemia

Rawatan, Ubat dan Penawar Kanser

Pembedahan - Pembedahan boleh digunakan untuk mendiagnosis, merawat, atau membantu mencegah kanser dalam beberapa kes. Ia selalunya mempunyai peluang yang besar untuk sembuh, terutama jika kanser belum lagi merebak ke bahagian badan yang lain.
Kemoterapi - Kemoterapi(kemo) adalah penggunaan ubat-ubatan atau dadah untuk merawat kanser. Ramai yang takut untuk menjalani rawatan kemoterapi. Ia akan membantu menenangkan ketakutan sekiranya diketahui apa itu kemoterapi, bagaimana ia berfungsi, dan apa hasil yang boleh diharapkan daripadanya.
Terapi Radiasi - Terapi radiasi atau sinaran menggunakan zarah bertenaga tinggi atau gelombang untuk memusnahkan sel-sel kanser atau sel rosak. Ia adalah salah satu rawatan yang paling biasa bagi kanser, sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan rawatan lain.
Sel Tunjang - Sel tunjang atau stem sel kebanyakannya hidup dalam sum-sum tulang, di mana mereka berpecah untuk membuat sel-sel darah yang baru. Pemindahan sel tunjang digunakan untuk memulihkan sel-sel tunjang apabila sum sum tulang telah dimusnahkan oleh penyakit, kemoterapi atau radiasi.
Imunoterapi - Imunoterapi adalah rawatan yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu sistem imun seseorang untuk melawan penyakit seperti kanser. Ini boleh dilakukan dengan dua cara; Merangsang sistem imun anda untuk bekerja lebih keras atau lebih bijak untuk menyerang sel-sel kanser atau memberikan anda komponen sistem imun, seperti protein sistem imun. Namun terdapat protein tertentu yang membantu sel-sel kanser berkembang.