Tuesday 8 August 2017

TURUNKAN BERAT BADAN ?



Mengapa Perlu Turunkan Berat Badan ?

Jika anda terlalu banyak berat badan anda berisiko untuk menghidap sesuatu penyakit itu lebih tinggi antaranya tekanan darah tinggi, kolestrol, kencing manis dan banyal lagi. Dan pada masa kini, dengan maklumat yang kami perolehi dari beberapa artikel yang menyatakan bahawa lebih dari 60% dari rakyat malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes




BMI anda : Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat bdan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkait lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jiak indeks jisism tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.



Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan ?

Bayngkan anda membawa beg galas seberat 10kg sepanjang hari, setiap hari? ia agak membebankan, malahjuga seperti membawa berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup lebih aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.