Monday 30 May 2016

Ikutilah 8 Cara Diet Rasulullah S.A.W

Etika pemakanansihat, diet Rasulullah s.a.w boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana Baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia.

Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah mengalami sakit perut walaupun sekali sepanjang hayatnya kerana Baginda merupakan seorang yang pandai menjaga pemakanannya.


Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah s.a.w adalah :

1. Minum Susu

Susu adalah minuman kegemaran Rasulullah s.a.w. Susu pula kaya dengan kalsium, vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi penting untuk membina tisu badan serta pembentukan antibodi melawan penyakit. Zat kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh badan dan merupakan satu zat yang sangat penting untuk badan.

2. Daging & Ikan

Rasululullah tidak minum susu ketika makan daging, ayam atau ikan Rasululllah s.a.w pernah melarang sahabat makan ikan bersama susu sebab dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Dalam bidang sains juga menyatakan pencampuran kedua-dua jenis makanan ini boleh menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

3. Aturan Minum Susu

Rasulullullah larang minum susu bersama cuka sebab ini boleh merencatkan penyerapan protein susu dan cuka itu sendiri boleh menghakis perut dengan tahap asidnya yang tinggi. Lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.


4. Elak Makan Campur

Tidak campur ikan bersama daging, telur atau salad. Dalam al-Quran sendiri ada melarang kita mencampurkan makanan darat bersama makanan laut. Ini kerana makanan darat dan laut mengandungi cas ion yang berbeza. Jika kita mencampurkan akan menyebabkan perut mengalami masalah.

5. Buah - Buahan

Rasulullah s.a.w sentiasa mengamalkan memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan nasi. Kita pula lebih mengamalkan gaya barat makan buah terlebih dahulu barulah makan nasi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. Jadi kita tidak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak.


6. Habbatussauda, Barli & Oat

Makanan ini baik untuk kesihatan jantung, dapat membantu mengatasi kegemukan melampau dan dikatakan mampu mencegah kanser.


7. Makan Roti Asli

Gandum sempurna mempunyai banyak perbezaan dengan gandum proses, mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E yang tinggi. Ini juga membekalkan tenagan dan juga zat logam yang lain.

8. Buah Tamar

Kandungan serat yang tinggi dan rendah lemak serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi Nabi dan keluarga. Sebab itulah Rasulullah s.a.w. mengibaratkan orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai orang miskin.

Wednesday 25 May 2016

Pengambilan Insulin Semasa Menjalankan Ibadah Puasa

Salah satu kaedah untuk mengawal paras gula dalam darah pesakit kencing manis ialah melaui pengambilan insulin. Insulin merupakan hormon yang terdapat di dalam badan manusia yang bertindak memastikan gula yang larut dalam darah diserap masuk ke dalam otot, seterusnya membolehkan gula tersebut digunakan untuk menghasil tenaga.


Puasa merupakan ibadah yang dilakukan oleh umat islam dalam bulan ramadhan. Di malaysia tempoh seseorang Muslim berpuasa kebiasaanya anatara 12-14 jam. Bergantung kepada lokasi sama ada di semenanjung atau di Sabah dan Sarawak. Bagi pesakit kencing manis, sekiranya keadaan kesihatan mereka tidak mengizinkan , mereka dibolehkan untuk tidak berpuasa. Walaubagaimanapun, berdasarkan satu kajian bertajuk Epidemiologi Diabetes dan Ramadan, ramai pesakit kencing manis memilih untuk berpuasa. Terdapat beberapa cabaran dan masalah yang munkin timbul seperti dehidrasi (Kehilangan air dalam badan), Hipoglisemia (Kekurangan gula dalam darah) atau Hiperglisemia (paras gula berlebihan dalam darah). Oleh demikian, pengetahuan berkenaan penggunaan insulin semasa berpuasa merupakan perkara yang penting supaya pesakit tidak mengalami kesan buruk yang mungkin tmbul semasa berpuasa.

Berdasarkan kajian Epidemiologi Diabetes & Ramadhan terdapat peningkatan jumlah komplikasi di kalangan pesakit kencing manis jenis I dan II yang berpuasa, seperti mengalami kesan hipoglisemia atau hiperglisemia yang teruk. Oleh demikian terdapat dua aspek penting dalam pengurusan pesakit yang menggunakan insulin yang ingin berpuasa iaitu pengubahsuaian dos & waktu untuk mengambil insulin dan pemantauan paras gula dalam darah secara bersenderian di rumah.

Sebagai contoh, sekiranya pesakit mengambil insulin pracampur (kod warn: coklat) pada kadar 32 unit pagi dan 28 unit malam, pada bulan puasa dos insulin tersebut akan disilangkan di mana dos pada waktu pagi perlu diambil pada waktu berbuka puasa, dan dos pada waktu malam perlu diambil pada waktu sahur. Bagi sesetengah pesakit pula, kuantiti dos insulin yang diambil sewaktu sahur mungkin perlu dikurangkan sebanyak 20%-50% untuk mengelakkan hipoglisemia. Bagi pesakit yang mengambil insulin melalui kaedah basal bolus (menggunakan dua jenis insulin: insulin kod warna kuning & hijau), jumlah pengambilan insulin mungkin perlu dikurangkan daripada empat kali sehari kepada tiga kali sehari. Kaedah untuk mengubahsuai jumlah dan kekerapan dos insulin adalah berbeza daripada satu individu dengan individu yang lain, oleh demikian pesakit dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kaedah yang paling sesuai dan ideal untuk pesakit itu sendiri.

Selain daripada pengubahsuaian dos & waktu untuk mengambil insulin, pesakit diabetes turut digalakkkan untuk membeli alat pengukur paras gula dalam darah dan melakukan pemeriksaan paras gula dalam darah secara kerap sekiranya mereka ingin berpuasa. Berdasarkan Garispanduan Praktikal Untuk Pengurusan Diabetes Semasa Ramadan yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Persatuan Endokrin & Metabolik Malaysia, Pesakit yang terkelompok dalam  ketegori berisiko sederhana dan berisiko tinggi dinasihatkan agar memantau paras gula dalam darah mereka sebanyak 5 kali sehari iaitu sebelum sahur, 2 jam selepas sahur, tengahari, sebelum berbuka dan 2 jam selepas berbuka. Pesakit juga digalakkan supaya tidak meneruskan puasa sekiranya paras gula mereka <3.9 mmol/l atau >16.7 mmol/l pada bila-bila masa sewaktu berpuasa. Pesakit juga digalakkan untuk berbuka sekiranya mereka pitam, berasa keliru atau pening kepala.

Kawalan terhadap paras gula dalam darah masih perlu diberikan perhatian yang khusus oleh pesakit kencing manis semasa berpuasa. Oleh demikian, para pesakit kencing manis digalakkan supaya merujuk doktor dan ahli farmasi sebelum meneruskan niat untuk berpuasa.


Sunday 15 May 2016

Senarai Makanan Yang Boleh Menggantikan Vitamin

Gambar Hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, tahukan anda bahaya kebanyakan makanan harian kita mempunyai vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan. Contohnya kekacang dan daging kaya dengan vitamin A, dan sayuran hijau kaya dengan vitamin E.

Untuk entry hari ini saya akan berkongsi senarai makanan yang boleh menggantikan vitamin yang boleh diperolehi di rumah sahaja! Cuba anda pergi ke dapur. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin. 

Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin yang tersendiridan boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. 


SENARAI MAKANAN YANG BOLEH MENGGANTIKAN VITAMIN

TOMATO

Kaya dengan vitamin A,C dan serat juga zat besi

AVOKADO

kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C

PISANG

vitamin A dan C, potasium dan zat besi

NANAS

vitamin A, B dan C

TELUR DAN SUSU

Menyediakan Vitamin A

YOGURT

Menyediakan vitamin B2


UBI KENTANG, SARDIN DAN TUNA

sumber untuk vitamin D

KACANG SOYA DAN GANDUM

kaya dengan vitamin E

KUBIS DAN DAUN SALAD

penyumbang kepada vitamin K


Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan lain merupakan sumber vitamin yang baik untuk kesihatan. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin yang tersendiri dan boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya. 

sumber : sobriyaacob

Monday 9 May 2016

Khasiat Buah-buahan



Semua orang tahu buah-buahan mengandungi pelbagai berkhasiat.

Anggur/kismis mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.

Oren menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

Epal mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan antioksidan.

Kiwi membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolestreol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (seperti pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

Pear mempunyai antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.

Pisang mempunyai antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekaran darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan cirit-birit dan juga sembelit.

Pisang kaki menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

Mangga adalah antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.

Sumber: Berita Harian

Pemakanan untuk Pesakit Kanser

Pengenalan
Semua orang perlukan makanan yang seimbang bagi memenuhi segala keperluan badan. Begitu juga dengan pesakit kanser. Tiada makanan yang dapat menyembuhkan kanser dan tiada makanan spesifik yang perlu dimakan atau dielak jika anda menghidapi kanser.
Pemakanan adalah faktor penting dan perlu diambil berat oleh pesakit kanser.Ini adalah kerana kanser dan jenis rawatan yang diambil akan meningkatkan keperluan badan dan menyebabkan anda perlu meningkatkan pengambilan makanan. Corak pengambilan makanan anda juga akan terganggu. Oleh itu, amalan pemakanan yang baik sebelum, semasa dan selepas rawatan adalah penting dan boleh membuat anda rasa lebih sihat dan bertenaga.
Kepentingan Amalan Pemakanan yang Baik

  • Dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau rawatan perubatan lain.
  • Dapat membantu menghadapi kesan sampingan rawatan dengan lebih baik dan sembuh dengan lebih cepat.
  • Dapat meningkatkan sistem imun / ketahanan badan bagi membolehkan anda melawan jangkitan.
  • Dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan ideal

.
Pemakanan Sebelum Rawatan
Makan pelbagai jenis makanan akan menolong anda mendapat segala nutrien atau zat yang diperlukan. Badan akan menukar makanan kepada bentuk tenaga. Anda memerlukan tenaga walaupun anda tidak aktif seperti biasa. Oleh itu pengambilan makanan bertenaga dari sumber karbohidrat dan lemak perlu mencukupi.
Makanan berprotein juga  amat penting untuk memperbaiki tisu yang rosak dan mengekalkan sistem imun badan bagi melawan jangkitan kuman atau infeksi. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran menyumbangkan vitamin, mineral dan serat yang diperlukan oleh badan.
Masalah Pemakanan Semasa Rawatan dan Cara Mengatasi
Rawatan kanser diperlukan untuk membunuh sel-sel kanser, namun begitu ia juga akan merosakkan sel-sel yang sihat. Pelbagai kesan sampingan akan dialami. Kesan sampingan berbeza bagi setiap individu. Ia bergantung kepada bahagian badan yang dirawat, lamanya masa rawatan dan dos rawatan. Kebanyakan kesan sampingan adalah bersifat sementara dan berakhir selepas rawatan selesai.
Kesan sampingan rawatan kanser akan mengganggu corak pengambilan makanan dan menyebabkan anda mengalami masalah pemakanan. Antara masalah yang dihadapi dan saranan untuk mengawal  adalah seperti jadual di bawah:


Pemakanan Selepas Rawatan
Selepas rawatan, kesan sampingan yang dialami akan beransur hilang. Selera makan mungkin akan meningkat. Anda masih perlu menjaga pengambilan makanan agar sentiasa cergas dan sihat. Antara amalan pemakanan yang disarankan adalah:
  • Makan makanan seimbang dan berkhasiat. Pelbagaikan makanan anda.
  • Makan 5 atau lebih pelbagai hidangan sayur dan buah setiap hari.
  • Pilih karbohidrat kompleks dan bijirin penuh bagi meningkatkan pengambilan serat dalam diet anda.
  • Kurangkan pengambilan lemak dan garam dalam makanan.
  • Pilih makanan yang boleh kekalkan berat badan sihat. Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.
Sumber : Myhealth

Friday 6 May 2016

Kepentingan Menjaga Kesihatan


Gaya hidup sihat merupakan satu almalan kehidupan yang mebina dimana ia akan menjamin atau membawa kesan yang positi terhadap diri sendiri, institusi keluarga dan juga masyarakat setempat.

Tahap Kesihatan Yang Baik

Kebaikkan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya, dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap, kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan.

Senaman seperti bersukan , berekriasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sitem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya hidup sihat juga meggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya.

Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil maknan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol. Ini adalah salah satu faktor kepentingan menjaga kesihatan.

Menstabilkan Kesihatan Mental & Mengurangkan Tekanan

Seterusnya, gaya hidup sihat juga adalah salah satu kepentingan menjaga kesihatan yang menjamin kestabilan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda.

Dengan bersikap lebih perihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer. Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan penyelasaian bagi kemelut-kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan.

Ini adalah kerana teaknan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembunagan bayi, vadalisme dan sebagainya.

Mendisplinkan Masyarakat

Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat segi fizikal dan persekitarannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya hidup yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitarannya. Dengan mengutamakan kebersihan, maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar.

Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaran melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.

Hubungan Menjaga Kebersihan Diri Dengan Menjaga Kesihatan

Kebersihan dan kesihatan mempunyai hubungan yang sangat kuat, dengan menjaga kebersihan diri, anda sebenarnya telah menjaga kesihatan anda. Seperti yang kita tahu, apabila kita menjaga kebersihan diri, pelbagai penyakit dapat dijauhi dan dihindari.

Selain itu, dengan menjaga kebersihan diri, keadaan mental anda akan lebih positif kerana kebersihan juga mempengaruhi mood dan psikologi kita. Apabila mood dan psikologi kita positif, ianya adalah satu tanda kesihatan mental yang baik. Oleh itu, adalah perlu menjaga kebersihan diri kerana ianya memberi kesan dalam menjaga kesihatan anda samada jasmani atau pun mental.

Kepentingan Menjaga Kesihatan
Kesimpulannya, terdapat banyak faktor penting dalam membincangkan kepentingan menjaga kesitan. Bila kesihatan kita terjamin maka dengan itu tiada masalah untuk kita melakukan aktiviti harian tanpa batasan. Di samping itu, kesihatan yang sihat juga memberi kesan kepada masyarakat, organisasi dan banyak lagi kerana kesihatan kita snagat mempengaruhi produktiviti kita.