Monday 10 April 2017

FAKTA MENARIK TENTANG SENYUM


  • Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.'
  • Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  • Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  • Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  • Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  • Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  • Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA "



Thursday 6 April 2017

KEBAIKAN MAKAN SAYUR - SAYURAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan yang sihat,seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup 

Sayur-sayuran adalah penting dan sangat baik untuk kesihatan badan, minda dan emosi. Sayuran hijau seperti sawi, timun, ulam-ulaman dan kacang panjang mempunyai khasiat tersendiri kepada tubuh badan. Kajian telah menunjukkan melalui sayur-sayuran yang mempunyai banyak serat penting boleh menyelamatkan segingga 2.7 juta nyawa ataumengurangkan risiko penyakit berbahaya di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun! Sebelum ini saya ada kongsikan senarai makanan yang boleh menggantikan vitamin yang anda boleh dapati di dalam peti dan dirumah anda sendiri.


1.)  Membantu Proses Menurunkan Berat Badan

Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk dihadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan.

2.)  Mencantikan Kulit

Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan untuk kekalkan kelembapan dan ianya menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit yang sihat walaupun meningkat usia.

3.)  Membina Dan Memperbaiki Tulang

Sesetengah sayuran hijau seperti sayur kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama. Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang berkerjasama untuk membina dan membaiki tulang.

4.)  Memastikan Sistem Imun Kuat

Akhir sekali, sayuran hijau seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melindungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.

5.)  Menangani Masalah Kesihatan

Selain daripada rasa yang sedap dan lazat sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam syur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi.

6.)  Mengurangkan Risiko Penyakit Berbahaya.

Seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kandungan serat, filtonutrien dan kalium dalam sayur-sayuran membantu melancarkan proses penghadaman.

7.)  Kaya Dengan Sumber Protein Dan Mineral

Kaya dengan sumber protein dan mineral, contohnya, sayur bronkoli mengandungi vitamin C dan serat. Selain kebaikan kepada jantung, bronkoli juga dapat meningkatkan tahap antioksidan di dalam badan.

8.)  Baik Untuk Kanak-Kanak

Mengandungi prebiotik yang merupakan antigen (pemankin ketahan badan). Dengan memakan sayur-sayuran, kanak-kanak membesar dengan sihat tanpa ada masalah kesihatan seperti semput dan sebagainya.

9.)  Membantu Untuk Lebih Tenang

Membantu minda dan emosi supaya lebih tenang dan melapangkan fikiran. Contihnya, daun salad yang mengandungi karoti, serat dan air dapat membantu melancarkan sistem panafasan dan mengurangkan rasa dahaga pada badan.

10.) Penawar Semulajadi

Menjadi penawar kepada penyakit seperti timun yang mengandungi racun alkoloid. Timun atau mentimun amat berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami masalah kecacingan. Sayuran ini juga memberi kebaikan khususnya dalam merawat penyakit batuk.