Wednesday 5 October 2016

Amalan Diet ANTI-KANSER dengan APRIKOT VITAMIN B17


Diet seharian kita terdiri daripada karbohidrat seperti nasi, mi dan roti, buah-buahan dan sayuran, protein seperti daging dan ikan, produk tenusu serta lemak. Pola pemakanan seharian seseorang individu boleh memberi impak yang besar terhadap tahap kesihatan individu tersebut. Menurut kajian Dana Penyelidikan Kanser Dunia, dianggarkan sebanyak 30-40 % risiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser boleh dicegah melalui diet yang sihat. Di Malaysia, kebanyakkan kita mempunyai corak pemakanan yang mempunyai kandungan karbohidrat dan lemak yang tinggi, tetapi kurang mengambil sayuran dan buah-buahan. Corak pemakanan sebegini akan menyumbang kepada pelbagai gejala penyakit termasuklah kanser.

KELAS MAKANAN DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN

1.      Karbohidrat

Karbohidrat sering dinilai melalui bacaan indeks glisemik (G.I). G.I adalah ukurun berapa pantas 50g karbohidrat tersebut akan meningkatkan paras glukosa dalam darah. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Bingham pada tahun 1987, semakin tinggi nilai G.I, maka semakin banyak insulin yang akan dirembeskan untuk membantu mengangkut glukosa ke dalam sel. Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali secara mendadak dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa. Otak akan menghantar isyarat bahawa badan kekurangan tenaga dan faktor ini mendorong kita untuk makan lebih banyak.

Antara makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi adalah seperti gula (105), nasi lemak (90), teh tarik (79), nasi putih (72) dan roti canai (71). Makanan dengan G.I yang tinggi ini jika di ambil secara berlebihan akan merosakkan metabolisme glukosa dalam badan dan akhirnya akan menyumbang kepada diabetes. Kajian-kajian oleh penyelidik luar seperti Colangelo, Coughlin dan rakan-rakan pada tahun 1997-2004 telah mendapati pesakit diabetes mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mendapat kanser usus, kolorektal serta pankerias. Oleh itu makanan yang mempunyai nilai G.I yang tinggi perlu dihindari khususnya bagi pesakit diabetes bagi mengurangkan risiko untuk mendapat kanser.

2.      Lemak


Walaupun tiada perkaitan langsung di antara pengambilan makanan berlemak dan kanser, namun diet yang tinggi lemak boleh menyebabkan obesiti yang merupakan faktor penyumbang kepada beberapa jenis kanser seperti kanser usus, perut, pankerias dan kolorektal. Melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Eugenia E. Calle dan rakannya pada tahun 1998, kadar kematian yang tinggi telah dicatatkan bagi pesakit kanser yang mempunyai masalah obesiti berbanding pesakit kanser yang mempunyai berat badan yang normal. Pengambilan lemak yang berlebihan turut meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara, serviks, ovari dan prostat kerana lemak yang berlebihan akan mengganggu keseimbangan hormon pembiakan dalam badan. Oleh itu, pengambilan lemak tepu yang biasanya terdapat di dalam daging dan bahan tenusu perlu dikurangkan dan boleh digantikan dengan lemak tak tepu seperti kacang, avocado, buah zaitun dan bijian.


3.      Protein (daging merah)

Pada tahun 2003, terdapat 26 kajian telah dilaporan di dalam laman web MEDLINE yang membincangkan mengenai perkaitan di antara diet dan kanser usus serta kolorektal. Daripada 26 laporan tersebut, 21 daripadanya menyokong bahawa terdapat perkaitan positif di antara diet daging merah dengan kanser usus dan kolorektal. Menurut kajian Brockton pada tahun 2000, risiko untuk mendapat kanser usus adalah 35 % lebih tinggi dengan pengambilan diet daging proses seperti sosej, nuget, dan daging burger berbanding daging merah yang belum diproses. Oleh itu, pengambilan daging yang telah diproses dan daging merah perlu dihadkan dan boleh digantikan dengan daging ayam, ikan dan kekacang seperti kacang dal dan kacang kuda yang lebih selamat.

4.      Buah-buahan dan sayuran

Menurut kajian Gladys Block dan rakannya, pada era 1990-an, masyarakat dunia mula mempunyai kesedaran untuk meningkatkan pengambilan sayuran dan buah-buahan kerana percaya ianya akan mengurangkan risiko untuk mendapat kanser. Masyarakat yang kurang makan sayuran dan buah-buahan akan menghadapi 2 kali ganda risiko untuk diserang kanser termasuklah kanser paru-paru. Perkara ini turut dibuktikan oleh Institut Penyelidikan Kanser Amerika di mana dengan peningkatan diet buah-buahan dan sayuran akan menurunkan sebanyak 20-33 % kadar risiko mendapat kanser paru-paru termasuk golongan perokok. Rahsianya adalah kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan kandungan fitokimia yang bersifat pelindung seperti isoflavone, lycopene, selenium, flavanoids, Beta-carotene, vitamin dan lain-lain.

SIGNIFIKASI PENGAMBILAN VITAMIN B17 KEPADA BADAN KITA

Ramai di kalangan kita menggemari buah-buahan kerana rasanya yang enak dan paling penting merupakan sumber vitamin dan serat yang utama. Vitamin amat diperlukan untuk membantu dalam proses perkembangan sel, bertindak sebagai agen anti-oksida serta meningkatkan rintangan badan terhadap penyakit. Salah satu vitamin yang kita perlukan adalah Vitamin B17 yang juga dikenali sebagai Amygdalin dan Laetrile. Vitamin B17 telah dibuktikan secara saintifik mempunyai sifat anti-kanser dan anti-tumor oleh Dr. Ernesto Rodriguez dari Hospital Oasis of Hope di Mexico. Menurut laporan yang dibuat oleh Dr. Dean Burks, seorang pakar kanser Jerman, Vitamin B17 juga boleh bertindak sebagai anti-neoplastik iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser.

Apabila Vitamin B17 masuk ke dalam badan kita, ia akan terurai kepada elemen sianida dan bezaldehyde oleh enzim Beta-glucosidase yang terdapat pada sel-sel kanser. Kedua-dua elemen ini seterusnya akan menyerang dan membunuh sel-sel kanser tersebut. Lebihan B17 akan ditukarkan kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang dihasilkan oleh sel-sel normal dalam badan kita. Vitamin B17 sering ditemui dalam kuantiti yang tinggi pada bahagian biji dan teras kebanyakkan buah, terutamanya aprikot, epal, beri, pear, prun dan pic. Namun, kebanyakkan antara kita akan membuang biji dan hanya makan isi buah sahaja. Ini  menyebabkan berlaku pengurangan kadar vitamin B17 dalam diet seharian kita Penaung kepada produk Farmas Health yang juga bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM, Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mempunyai kandungan Vitamin B17 yang tinggi dan dapat membantu dalam mencegah dan merawat kanser. Beliau juga menggalak-kan pengambilan biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan mengikut piawaian teknologi farmaseutikal melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ini amat penting bagi memastikan biji aprikot tersebut tidak terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas yang boleh menyebabkan keracunan kepada pengguna. Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa juga mengakui Aprikot kaya dengan B17 yang mampu merencatkan sel ab-normal dan seterus-nya mengekalkan perkembangan sel-sel yang sihat. Keberkesanan Vitamin B17 turut dirasai oleh salah seorang pesakit kanser iaitu Pn. Safiah. Beliau telah disahkan menghidap kanser usus pada tahun 2008 dan telah menjalani kemoterapi. Semasa menjalani kemoterapi, beliau juga turut mengamalkan vitamin B17. Beliau mendapati masalah sembelit semasa membuang air besar semakin berkurang dan badan terasa lebih bertenaga walaupun setelah menjalani kemoterapi.



Dapatkan Produk Anti Kanser B17 Apricon Farmashealth melalui stokis & farmasiberhampiran anda...

Rencana ini disediakan & ditaja oleh : TK FARMAS SOLUTION & INDUSTRIES

Artikel Keluaran Harian Metro 29/09/2013


No comments:

Post a Comment