Monday 25 July 2016

TIPS PENTING CEGAH KANSER

1. Elakkan penggunaan gula secara berlebihan terutama frukosa. Semua bentuk gula menjejaskan kesihatan secara umum dan menggalakkan penularan kanser. Fruktosa, adalah jelas salah satu bahan yang amat berbahaya dan perlu dielakkan seberapa banyak yang mungkin.

2. Mengoptimumkan pengambilan vitamin D. Vitamin D mempengaruhi hampir setiap sel dalam badan anda. Ia merupakan salah satu pemusnah semulajadi sel-sel kanser. Vitamin D dapat masuk ke dalam sel-sel kanser dan mencetuskan " apoptosis " (kematian sel). Jika anda menghidap kanser, tahap vitamin D anda harus antara 70 dan 100 ng / ml.

Adalah baik 6 bulan sekali anda menjalani ujian jumlah Vitamin D dalam badan anda. Rujuk carta berikut

Tahap tidak selamat kurang dari 50 ng/ml
Tahap mencukupi 50 - 65 ng/ml
Tahap sekiranya anda mempunyai kanser 65 ng/ml - 90 ng/ml
Tahap terlalu banyak lebih dari 100ng/ml
Rujuk link berikut untuk sumber makanan yang mengandungi vitamin D selain sinaran matahari.
http://www.algaecal.com/vitamin-d/sources.html

3. Pastikan badan anda mempunyai jumlah vitamin A yang mencukupi. Ia sangat penting untuk mencegah kanser payudara. Dapatkannya dari sumber-sumber makanan bukan dalam bentuk supplement. Yang terbaik adalah dari sayuran yang berwarna warni. Badan kita boleh mengimbangi keperluan nutrisi-nutrisi yang diperlukan dengan melupuskan nutrisi-nutrisi berlebihan dengan syarat kita mengambilnya dalam bentuk mentah. Perkara ini penting kerana pengambilan Vitamin A secara berlebihan akan menjejaskan keberkesanan Vitamin D.Berada dibawah sinaran matahari pagi selama 1 jam sehari sudah memadai untuk keperluan Vitamin D anda. Ia adalah percuma.

4. Mengelakkan pengambilan makanan yang dipanggang. Jika anda berisiko tinggi terhadap kanser umpamanya ada dalam keturunan anda pernah mendapat kanser atau mati kerana kanser mengelakkannya sama sekali adalah sesuatu yang sangat penting. Bahan yang berbahaya dalam makanan yang dipanggang dikenali sebagai Acrylamide.Wanita mempunyai risiko tinggi untuk memdapat kanser payudara jika mereka adalah pengemar makanan-makanan yang dipanggang.

5. Berhati hati dengan produk-produk berasaskan soya yang tidak melalui proses fermentasi. Soya adalah makanan yang baik tetapi hanya jika ia melalui proses fermentasi untuk meminimakan unsur utama yang tidak elok untuk bandan ANTINUTRIEN , soya perlu melalui proses fermentasi. Terdapat kajian yang menyatakan satu bahan dalam soya yang dinamakan ISOFLAVON bergabung dengan ESTROGEN dalam badan wanita mempercepatkan pertambahan sel-sel payudara dan ini berisiko tinggi untuk kesilapan dalam proses penyalinan sel.

6. Meningkatkan kepekaan reseptor insulin anda. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah dengan mengelakkan gula dan bijirin dan pastikan anda bersenam setiap hari.

7. Kekalkan berat badan yang sihat. Ingat Lemak berlebihan tidak sihat kerna ia menghasilkan estrogen.

8. Minum satu gelas besar jus sayur-sayuran hijau organik setiap hari.Yang terbaik adalah seperti bayam, saderi,lobak,kale, Timun yang dibuang kulitnya dan brokoli.Terung yang direbus adalah sayuran terbaik untuk pembasmian sel-sel kanser.

9. Ambil makanan yang mengandungi lemak haiwan yang tinggi dengan OMEGA 3. Kekurangan OMEGA 3 adalah salah satu faktor penularan kanser.

10. Carcumin. Ini adalah bahan aktif dalam kunyit. Samada anda perbanyakkan penggunaannya dalam masakkan atau beli dalam bentuk yang dikapsulkan. Ia sangat baik dalam rawatan kanser terutamanya kanser payudara. Walaubagaimana pun pengambilan yang dikapsulkan adalah lebih digalakkan kerana carcumin secara amnya tdak dapat diserap dengan baik olih badan olih itu penggunaan melalui yang dikapsulkan lebih disyorkan.

11. Untuk para wanita amalkan menyuskan anak untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan. Kajian menunjukkan penyusuan boleh mengurangkan risiko kanser payudara.

12. Untuk wanita elakkan memakai coli yang menggunakan dawai sebagai bingkainya. Ia boleh meningkatkan risiko kanser payudara.

13. Elakkan diri anda dari terdedah pada produk-produk atau berada dalam kawasan medan elektromagnet.

14. Pastikan anda mempunyai iodin yang cukup terutamanya wanita. Para penyelidk menyatakan iodin adalah sangat berguna dalam memusnahkan sel-sel kanser payudara dan tiroid. Dapatkannya dalam bentuk permakanan.

15. Elakkan penggunaan ubat-ubat tahan sakit,ubat pengawalan kolestrol,ubat darah tinggi,suntikkan insulin dan antibiotik. Jika anda terpaksa menggunakannya sedaya upaya cuba beralih kepada yang bersifat semulajadi umpamanya dari tumbuh-tumbuhan. Umpamanya penggunaan ubat darah tinggi dan ubat pengawalan kolestrol dalam jangkamasa melebihi 10 tahun mempertingkatkan risiko kanser hati dan pankerias.

16. Gunakan air tanpa klorin dalam setiap masakkan dan air minuman anda.Jika anda mandi menggunakan air panas pastikan ianya telah dinyahkan klorin. Beratus penyelidikkan saintifik menyatakan majoriti penghidap kanser payudara mempunyai sebatian-sebatian klorin didalam tisu payudara. Mereka mengesyaki klorin menjadi penyebab kepada majoriti kes-kes berkaitan kanser terutamanya kanser payudara.

17. Pastikan penampalan gigi dibuat dengan rapi dan menggunakan jenis simen yang selamat walaupun kosnya agak tinggi. Bakteria yang bersembunyi dibawah simen yang tidak sempurna seringkali menyelinap masuk dalam badan terutamanya kawasan payudara.

‘Pulmonary Embolism': Pembunuh Senyap Wanita – Dr. Mardiana Kipli


Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin. Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut. Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem. Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi. Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian.
Darah wanita sewaktu mengandung adalah lebih pekat daripada biasa. Selain itu, bayi yang membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar. Kebiasaannya, fenomena darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar di bahagian kaki, ianya akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis. Mangsa akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. Sekiranya masalah ini tidak diberi rawatan awal, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism. Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana darah beku itu berasal daripada injap jantung yang dihidapi oleh pesakit-pesakit jantung.
“Dulu saya bersalin, ok jer. Tak ada pun apa-apa masalah. Kenapa kali ini doktor kata saya berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini?’
Semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang adalah terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolismkerana darah anda lebih pekat daripada biasa. Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung menjadi lebih tinggi sekiranya anda:
  • Berumur lebih daripada 35 tahun
  • Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
  • Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
  • Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
  • Menjalani pembedahan caesarean
  • Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
  • Dehidrasi
  • Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
  • Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
  • Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin
  • Penyakit yang menyebabkan kelikatan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
  • Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang. Contohnya pembedahanappendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
  • Kandungan kembar
  • Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein)
Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa. Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah. Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi. Ini disebabkan darah beku yang pecah ini boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.
Tanda-tanda awal adalah:
  • Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
  • Sukar untuk bernafas
  • Sakit dada
  • Batuk berdarah
  • Nadi sangat laju
Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism. Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera. Sekiranya, semua keputusannya negative, barulah pihak doktor akan menarik masalah lega dan yakin bahawa anda mungkin mendapat simtom sebegini disebabkan penyakit lain.
‘Sekiranya saya tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan pulmonary embolism?’
Ada beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit darah beku pada saluran darah atau pulmonary embolism sekiranya anda tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi:
  • Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi
  • Aktif bergerak dan berjalan
  • Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh
  • Ubat suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan memberi anda suntikan ini semasa mengandung atau selepas bersalin untuk tempoh masa tertentu dan perlu disuntik setiap hari. Suntikan ini terbukti berkesan untuk mencegah pembentukan darah beku dalam saluran darah. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya ada berisiko tinggi dan memerlukan suntikan ini .
Kebanyak orang awam kurang mendapat pengetahuan mengenai masalah pulmonary embolism kerana kes ini jarang diumumkan di dalam surat khabar, berita atau media sosial. Ini merupakan faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh orang ramai. Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital. Dengan itu, sekiranya ada berisiko tinggi untuk mendapat penyakit darah beku atau pulmonary embolism, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera terutamanya jika ada mengalami simtom awal seperti dinyatakan di atas. Pencegahan awal lebih baik daripada penyesalan. Jangan biarkan ibu kepada anak anda pergi dan tak akan kembali lagi.

Monday 11 July 2016

Kanser Telinga, Hidung & Tekak Masih Boleh Dirawat

Statistik yang pernah direkodkan pada tahun 2006 menunjukkan ia antara kumpulan kanser utama (2,884 kes) yang pernah menggemparkan negara. Dan kanser ini juga pernah mengalahkan kuasa pembunuh kanser payudara yang boleh meragut nyawa manusia sebanyak 3,525 pada tahun yang sama! Sungguhpun begitu kanser telinga hidung dan tekak ini masih belum diberikan pendedahan da ia perlu dielakkan dengan cara yang bijak.

Menurut pakar perunding telinga, hidung dan tekak, Dr. Yeo Sek Wee dari pusat perubatan Prince Court Kuala Lumpur, tidak ada cara yang paling tepat untuk menyelamatkan nyawa selain pengesanan awal dan mengamalkan gaya hidup sihat. Itulah cara yang paling selamat dan tidak menyakitkan.

"'Saya sangat yakin apabila berbicara tentang kanser, pasti ramai yang berharap tidak menjadi mangsa kepada penyakit ini termasuklah kanser jenis hidung, tekak dan mulut. Kanser yang biasa menyerang bahagian di bahagian lidah, lantai lidah dan air liur, tonsil di tekak dan peti suara ini akan begitu menyeksa jika ia menyinggahi kepada sesiapa juga.


" Namun begitu takut saja tidak mencukupi. Cara yang paling berkesan adalah dengan membuat pengesanan awal di samping mengamalkan cara hidup sihat dan paling penting jauhi sebarang aktiviti yang boleh meningkatkan risiko kanser jenis ini seperti merokok, minum minuman keras, makan makanan jeruk masin, mengunyah sirih dan sebagainya." katanya sambil menyatakan kanser ini lebih banyak menyerang kaum lelaki berbanding wanita.

Menurut Dr. Yeo, bagi mengesan kehadiran kanser telinga hidung dan tekak, jangan abaikan sebarang ketulan yang muncul di sekitar mulut dan kawasan sekitar sekitar leher. Walaupun adakalanya tidak disertai dengan sebarang kesakitan, ketulan-ketulan akibat sel kanser ini boleh membawa maut. 

" Anda perlu mengetahui 90 peratus ketulan yang dikesan di bahagian tersebut berpunca daripada kanser. Sungguhpun peratusan yang diletakkan pada ketulan asing ini, saya sarankan agar jangan cepat 'mengandaikan' sesuatu (kanser) sendiri kerana ada juga kemungkinan ia (ketulan)hadir disebabkan penyakit lain. Justeru sahkan ia dengan dapatkan pemeriksaan di hospital.

Segera Bertindak

" Disebabkan kanser ini boleh merebak dan merosakkan sel di kawasan telinga hidung dan tekak ia memacu kepada punca pelbagai kanser seperti barah nasofaring, oral,bibir, hidung,sinus, laring, orofaring, hypofaring, tiroid dan kelenjar liur."

" Oleh itu jangan sesekali menangguhkan pemeriksaan dan rawatan kerana berdasarkan pengalaman, saya mendapati pola kematian kanser kebanyakannya akibat lambat dikesan, Saya sendiri melihat pesakit hanya hadir ke hospital setelah kanser mereka berada di peringkat yang lewat. 

" Saya berpendapat hal ini terjadi mungkin kerana ramai yang tidak peka tentang pengesanan awal. Situasi ini sudah pasti menjadikan peluang untuk hidup juga semakin tipis. Kalau boleh pola kematian akibat lambat mengesan dan mendapatkan rawatan ini perlu di cegah," tegasnya memberikan nasihat.

Apakah yang dilakukan untuk mengesan ketulan?

Apakah yang biasanya dilakukan untuk mengesahkan kehadiran kanser ini? Dr.Yeo menjelaskan, langkah pertama yang lazim dilakukan ialah kebanyakan doktor akan mendapatkan latar belakang pesakit dan penyakit keturunan serta pemeriksaan simptom dikumpulkan. Sekiranya apa yang dijelaskan oleh pesakit lebih mengarah kepada simptom kanser telinga hidung dan tekak, prosedur mengesan punca ketulan secara lebih teliti pula dilakukan.

" Prosedur ini ada pelbagai jenis seperti pengambilan sel kanser yang dikenali sebagai Fine Needle Aspiration Catology (FNAC). Dengan menggunakan peralatan yang seakan jarum suntikan, prosedur FNAC ini akan menyedut keluar kalenjar tidak normal unutk dikaji dimakmal.

"Selain itu, pemeriksaan sinar X dengan kaedah endoskopi tidak menjadi pilihan, cara pengesan yang lain umpamanya dengan menggunakan CT scan atau Magnetic resonance imaging (MRI). Ia sekaligus dapat mengetahui peringkat kanser yang dialami oleh pesakit.


Peluang Sembuh Tinggi

"Setelah sel dikenal pasti pesakit positif kanser ini, pembedahan akan disusuli bagi kanser yang berada diperingkat awal. Pembedahan ini adalah untuk membuang ketulan dan bengkak dileher. Ia penting bagi mengelakkan sel kanser daripada terus merebak ke organ tubuh yang lain. Dengan membuang sel kanser di peringkat awal pesakit mampu hidup dengan lebih baik-80peratus peluang sepenuhnya sembuh dari kanser telinga hidung dan tekak.

" Namun sekiranya kanser sudah berada di peringkat yang agak serius, biasanya bukan pembedahan yang diberi keutamaan. Sebaliknya rawatan radioterapi adalah lebih praktikal unutk membunuh sel kanser ini dan memperlahankan pertumbuhan sel.

"Sungguhpun begitu, untuk menentukan rawatan yang terbaik, ia bergantung kepada jenis kanser dan tahap keterukan yang dihadapi. Bagi kanser parotid (kelejar air liur), kalenjar pesakit akan dibuang. Mereka juga akan digalakkan untuk menjalani rawatan susulan radioterapi dan kimoterapi.


"Sekiranya langkah ini tidak diambil dan pesakit membiarkan tanpa sebarang rawatan, struktur muka pesakit akan berubah atau menjadi herot kesan kerosakan saraf otot mu ka disebabkan kanser.


"Ada juga kanser yang tidak terus dibedah walaupun masih berada di peringkat awal, misalnya kanser peti suara. Biasanya untuk membunuh sel kanser di kawasan ini, laser radioterapi akan diarahkan kepada kawasan di sekitar peti suara mereka. Langkah ini cukup relevan kerana sel kanser di kawasan peti suara ini amat sensitif pada sinaran radioterapi dan amat mudah di musnahkan dengan cara ini.

" Bagi kanser di peringkat yang lebih berisiko-peringkat tiga dan empat, langkah membuang peti suara diikuti dengan radioterapi akan dilaksanakan untuk menyelamatkan nyawa. Seiring dengan kepentingan kualiti hidup, pesakit yang sudah dibuang peti suaranya akan diberikan peti suara tiruan- voice prosthesis agar pesakit boleh berinteraksi seperti biasa." terangnya. 

Sumber : Artikel majalah isihat

Friday 1 July 2016

Apa Itu Difteria

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteria. Ia tersebar melalui titisan cecair penafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%

Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Hasemophilus Influenzae type b). Ia diberikan pada usia 2,3,5 dan 18 bulan. Liputan imunasi yang melabihi 95% dalam komuniti akan memnberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi.

Justeru, KKM ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan. Ibubapa yang masih lagi belum membawa anak-anak mereka mengambil imunisasi hendaklah segera membawa mereka untuk mendapatkan imunisasi vaksin lima (5) serangkai yang lengkap. Ia merupakan tanggungjawab ibubapa untuk memberikan perlindungan dan menyelamatkan anak-anak daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi jangkitan dan kematian, seperti apa yang sedang berlaku sekarang.

Sumber: Blog Ketua Pengarah Kesihatan(22 Jun 2016)


Video Info Difteria

Sumber : beritanasionalrtm