Tuesday 26 April 2016

Aprikot Sebagai Makanan Kesihatan

Pokok Aprikot merupakan pokok kecil dengan daun rimbun, melebar setinggi 8–12 meter, daunnya berbentuk simbol hati, dengan hujung runcing, dan sepanjang 8 cm dan 3–4 cm lebar. Ia berbunga putih hingga merah jambu. Buahnya menyerupai buah pic atau nektarin, dengan warna daripada kuning hingga warna oren dan kadangkala kemerah-merahan, permukaannya licin dan hampir tanpa bulu. Buah aprikot ialah buah berbiji benih besar juga dikenali sebagai pepauh, kerana biji benih tunggal yang keras. 


Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet. 

Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu. Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di Eropah semasa zaman Alexander The Great.
Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gulanya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak. Apricot merupakan buah yang berbij dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.
Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur. Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh, masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot.
Kebanyakan orang mengambil vitamin B-17 untuk tujuan pemulihan. Namun yang terbaik adalah mengambil vitamin B-17 sebagai pemakanan makanan tambahan dengan mengabungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian. 

Kelebihan Vitamin B-17 :  Merawat dan membunuh kanser · Merawat penyakit kencing manis · Merawat penyakit jantung · Merawat penyakit gout · Anti penuaan · Mengurangkan risiko penyakit Parkinson & Asma · Mengurangkan berat badan · Melancarkan sistem penghadaman · Melancarkan sistem peredaran darah · Seimbangkan kandungan gula dalam darah · Menurunkan kolesterol dalam darah

Sumber: World Without Cancer.

No comments:

Post a Comment